Asal Usul Perkataan USAHAWAN!!!

March 11, 2010

Banyak orang tidak tahu bagaimana perkataan USAHAWAN boleh wujud dimuka bumi nih… Kisah ini berlaku diawal tahun 80-an disebuah kampung di Utara negeri Kelantan.

Kisahnya bermula sebegini… Ada sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang serba sederhana. Ketua keluarga ini adalah Pak Harun. Pak Harun ada 4 orang anak. yang sulung bernama Azizah, Yang ke-2 Azwan yang ke-3 Azwani yang bongsu Azizul.

Dipendekkan Cerita Azizah dan Azwan Lepasan universiti. Seorang Ijazah Sains Pentadbiran dan seorang lagi Ijazah Pentadbiran Awam. Azizah memilih untuk bekerja di sektor kerajaan namun Azwan tidak. Dia memilih untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Entah dimana silap ajaran Pak Harun kepada anaknya Azwan ni seorang degil betul. Sebelum Azwan memulakan perniagaannya. Berkali-kali Pak Harun melarang sekerasnya.

“Wan betul ke ko nak berniaga?’

” Yea Lah ayah, Berniaga nih boleh jadi kaya yah”

“wan kau ada modal ke nak berniaga. tak payah lah wan… dengar cakap ayah nih.. ko pergi jer kerja kerajaan. jadi pegawai. lagi senang”

“itu kata ayah. saya yakin saya boleh berjaya dengan berniaga!!!”

“Wan, Dengar Cakap ayah nih. Usah  lah wan  berniaga.. usah lah wan!”

“wan tak kira wan nak jugak.. wan nak jugak” (akhirnya Azwan meninggalkan perbualan tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan kampung untuk berniaga. Dia bertekad untuk membuktikan kepada ayahnya dia boleh berniaga. dan berjaya”

Setelah 5 Tahun meninggalkan kampung…

Pada suatu petang… Munculah sebuah kereta Mewah menyusuri kampung Pak Harun… Tetiba Kereta itu Berhenti betul-betul dihadapan rumah Pak Harun. Maka Keluarlah Seorang Anak muda yang berpakaian sungguh segak sekali. “Anak orang kaya mana nih” Bisik hati kecil Pak Harun.

Tiba-tiba… “Ayah, Wan dah Balik… Wan balik Yah…”Kata Azwan ” Azwan anak ayah”. Sambut Pak Haruh…

Suasana sedih dan pilu menyebulungi mereka anak beranak….

Setelah lama.. suasana pun menjadi tenang… Maka.. Pak Harun pun bertanya dengan anaknya”Wan mane ko dapat kereta mewah ni nak? Ko rompak ke?”

“Ish ape lah ayah nih.. ini lah hasil usaha wan, wan kan berniaga!”

Dengan Terkejut” Ape? Inilah Hasil USAHA WAN? wow! hebatnya kau wan… tak sangka hasil USAHA WAN Berbaloi.”

Sejak dari itu… rumah Bapaknya digantikan dengan banglo mewah. Motor buruk ayahnya ditukarkan dengan kereta.

Setiap kali orang tanya Pak Harun macamnan dapat semua ini mesti dia akan Menjawab.” Itulah USAHA WAN”

USAHA WAN dan Usaha Wan…

Maka dari situlah munculnya perkataan USAHAWAN DIMUKA BUMI INI…

(apa yang diceritakan ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kene mengene dengan yang hidup atau yang mati. Sekadar untuk Berhibur sahaja)

sincere.love.care

m_rasheidy

unlimitedpowerdollarman@gmail.com

Entry Filed under: Recent Post. .



Leave a comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Log In

capture form

Name
Email